Tuesday, 17 April 2012

Lelaki Yang Suka Pukul ‘Maknyah’ Dicekup!


Dalam satu kes, beberapa mak nyah diserang enam lelaki, dipercayai anggota Geng Anti Mak Nyah, di Kuantan menggunakan besi, topi keledar dan rantai besi, menyebabkan kecederaan di kepala, badan dan lengan.
Kes serupa berlaku pada 5 Mac lalu membabitkan seorang mak nyah separuh mati dibelasah dengan batang besi oleh empat lelaki ketika keluar membeli sarapan di sebuah restoran di lokasi sama.
Dan semalam, salah seorang daripada mereka didenda RM400 selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan pada seorang mak nyah di Mahkamah Majistret Kuantan.
Muhamad Shafiq Isa, 20, dari Lorong Sungai Isap, Taman Murni di sini, didapati mencederakan mangsa berusia 30 tahun di hadapan Ambank, Jalan Haji Abd Aziz di sini, kira-kira jam 5 pagi, 8 April lalu.
Sebelum itu peguam belanya, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar, meminta hukuman ringan memandangkan ia kesilapan pertama dan Shafiq hanya bekerja sebagai pekerja kedai makan dengan pendapatan RM20 sehari.
Menurutnya, Shafiq tidak matang ketika melakukan perbuatan tersebut dan sudah kesal dan insaf atas perlakuannya.
Timbalan Pendakwa Raya, Ain Fadilla Mohd Ali, meminta agar Shafiq dikenakan hukuman setimpal memandangkan kejadian berlaku di tempat awam dan menyebabkan kecederaan pada mangsa.
Majistret Tuan Ruziani Tuan Lah mengenakan penjara selama seminggu jika denda gagal dibayar.
Shafiq membayar denda itu.
Mengikut fakta kes, mangsa telah diserang Shafiq dan dipukul menggunakan besi yang menyebabkan mangsa luka di betis, kaki kanan dan kiri.
Anggota polis berjaya menahan Shafiq 30 minit kemudian dan merampas sebatang besi kunci pendua dan motosikal Honda EX5 yang digunakan Shafiq. (Sinar Harian)

Read more »

‘Rahib’ berbogel depan Berlusconi

 SAKSI perbicaraan bekas Perdana Menteri Itali, Imane Fadil, tiba di mahkamah di Milan, semalam. Gambar kecil, Berlusconi dakwa partinya untuk bermesra.

Gambar hiasan
ROME: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, didakwa menyaksikan bagaimana sekumpulan wanita berpakaian seperti rahib membuka satu demi satu pakaian mereka sambil menari di tiang.

Mahkamah diberitahu, Berlusconi juga seronok melihat wanita mengenakan jersi pasukan bola sepaknya, AC Milan, membuka pakaian sehingga hanya tinggal seluar dalam kecil.


Saksi, Imane Fadil, berkata dia terkejut melihat telatah tetamu di parti “bunga-bunga” anjuran Berlusconi di tingkat bawah vila bilionair itu pada Februari 2010.

Vila itu terletak di Arcore di daerah Lombardy.


Imane, 27, berkata dia hadir ke parti itu kerana ditawarkan menjadi penyampai di satu daripada saluran televisyen milik Berlusconi.


“Saya nampak Nicole Minetti dan Barbara Fagioli (tetamu Berlusconi) mengenakan jubah hitam, penutup kepala putih dan membawa salib.

“Mereka kemudian menanggalkan pakaian sehingga hanya tinggal seluar dalam,” katanya.


Model itu memberi keterangan dalam perbicaraan salah laku Berlusconi, 75, dalam majlis yang digambarkannya sebagai “makan malam untuk beramah mesra dengan hidangan wain, makanan serta nyanyian.” Berpuluh-puluh wanita muda dijadual turut memberi keterangan, selain selebriti terkemuka - termasuk George Clooney dan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo - dalam perbicaraan berkenaan.

Difahamkan, wanita penghibur yang datang ke parti itu dilatih ahli majlis kerajaan tempatan, Nicole Minetti, 26, yang juga ahli parti Berlusconi. Kata Imane, pada waktu lain, beberapa wanita muda berpakaian seperti pemain AC Milan dan menari sambil menanggalkan pakaian. “Penari itu turut membenarkan Berlusconi menyentuh mereka,” katanya. Menurut Imane, setiap kali pergi ke parti “bunga-bunga” Berlusconi, pasti ada tetamu yang menanggalkan pakaian mereka. Katanya, dia pernah diberi sampul berisi wang tetapi tidak pernah bermalam di vila berkenaan walaupun ada wanita lain sangat bersedia tidur di situ. - DM

Read more »

Lisa Dan Yusry Jadi Cikgu Sekolah

PELABUHAN KLANG – Pelakon Lisa Surihani mengakui kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.
Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program ‘Teach For Malaysia (TFM) Week’ di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini, Isnin.
Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.
“Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.
“Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.
Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.

 Selain kedua-dua artis itu, mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan.
Mereka dijadualkan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.
TFM adalah sebuah badan bebas bukan mencari keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.
Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013. – BERNAMA

Read more »

Himpunan Hijau Sebahagian BERSIH




Himpunan Hijau yang akan berhimpun serentak dengan perhimpunan BERSIH pada 28 April berkata mereka tidak perlu memaklumkan rancangan mereka secara rasmi kepada polis kerana beranggapan menjadi sebahagian daripada "pakej BERSIH".

"Kita sebahagian daripada BERSIH 3.0. Kita sokong... Ini adalah pakej, bukan lain daripada BERSIH 3.0," katanya anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau Clement Chin ketika ditanya sama ada mereka sudah berhubung dengan polis.

Didesak pemberita sekali lagi, beliau berkata, pihaknya "akan tengok keadaan" pada hari tersebut, termasuk berkaitan soal keselamatan dan mobilisasi.

Sementara itu, ahli jawatankuasa BERSIH 3.0 Maria Chin juga berkata perhimpunan Hijau termasuk dalam rancangan gabungan itu.

"Kami tidak melihat (apa yang dilakukan) oleh Himpunan Hijau sebagai inisiatif yang terpisah.

"Semua rakyat Malaysia, bergerak ke Dataran Merdeka, untuk kebaikan menuntut pilihan raya bersih dan adil," katanya.

Maria berkata pihaknya telah memaklumkan kepada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung rancangan mereka tetapi mendakwa belum menerima maklum balas setakat ini.

Sementara itu, Clement berkata pihaknya mensasarkan lebih 20,000 orang berhimpun di bangunan KLCC bagi membantah loji nadir bumi Lynas di Gebeng Kuantan pada 28 April ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan "satu acara" di hadapan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia - yang terletak berdekatan dengan KLCC - sebagai membantah kehadiran kilang tersebut.

"Kerajaan Australia masih lagi buat pekak tidak mengendahkan apa yang majoriti rakyat Kuantan (tolak) tentang kilang Lynas," katanya, ketika menyampaikan ceramah pengiraan detik 10 hari menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 di Kelab Sultan Sulaiman di ibu negara malam tadi.

Mereka juga berkata, remai peserta Himpunan Hijau akan hadir secara berkeluarga dengan membawa anak dan saudara mara kerana ia berkaitan dengan isu alam sekitar dan kesihatan yang ditonjolkan. (MKini)

Read more »

Borang Menjadi Pelacur


KUALA LUMPUR: Sindiket pelacuran yang beroperasi menggunakan Internet dikesan turut menyediakan borang khusus bagi merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pelacur dengan menawarkan pakej sepenuh atau separuh masa dengan syarat cukup mudah.



Bagi wanita yang berminat, mereka perlu mengisi borang berkenaan dengan menyertakan nama, gambar muka dan saiz ukuran badan, gaya rambut, warna kulit, alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
Selepas gadis yang rambang mata dan berfikiran singkat mengisi serta menghantar ‘borang ke neraka’ itu ke alamat e-mel tertera, ahli sindiket akan menghubungi, seterusnya menawarkan pakej disediakan tanpa perlu bertemu.

Jika persetujuan dicapai, wanita berkenaan perlu menunggu panggilan telefon daripada ahli sindiket terbabit yang mencarikan pelanggan sebelum mengarahkan wanita itu pergi ke mana-mana hotel atau rumah yang dipilih pelanggan.

Sindiket itu menggunakan laman web yang pelayannya beroperasi di luar negara turut mempromosi pelacur dengan pakej mengikut kategori tertentu iaitu pelajar, gadis luar negara, suri rumah, setiausaha dan pekerja pejabat pada harga RM100 hingga RM4,000 sejam mengikut selera pelanggan.

Read more »

Najwa Latif Tidak Mahu Kakak Dipersalahkan



PETALING JAYA – Penyanyi remaja Najwa Latif menegaskan imej dan fesyennya yang dikatakan caca-marba dan tidak bersesuaian dengan faktor usia bukan ditentukan oleh kakaknya, Syafikah Latif.
Sebaliknya, penyanyi berusia 17 tahun ini memberitahu setiap penampilannya pada acara-acara hiburan dan persembahan pentas ditentukan menerusi perbincangan banyak pihak.
“Pemilihan imej saya tidak hanya ditentukan oleh kakak, malah ia melibatkan pihak pengurusan dan saya sendiri. Tidak adil menuduh kakak saya menjadi punca kepada masalah imej dan fesyen saya.
“Sebenarnya, kami akan berbincang terlebih dahulu sebelum saya menghadiri apa-apa acara hiburan. Orang ramai sudah salah faham tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Terbaru, penyanyi lagu Kosong itu sekali lagi dikecam segelintir pihak ekoran busana rekaan Wan Huzairil yang diperagakannya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 (ABPBH2011) pada 8 April lalu tidak sepadan dengan usia remajanya.
Difahamkan juga, kakak Najwa menjadi punca kecelaruan pada fesyen dan penampilannya selama ini.
Najwa mengakui masih banyak kelemahan pada penampilannya itu dan berusaha untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.
“Saya masih baru dan tercari-cari fesyen yang bersesuaian dan sepadan. Namun, saya tidak berkecil hati walaupun segelintir pihak masih mempertikaikan imej saya.
“Insya-Allah apabila saya aktif semula selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya akan tampil dengan kelainan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Najwa berkata dia kini mula berehat panjang bagi menumpukan persiapan untuk menghadapi SPM pada hujung tahun ini.
“Saya berehat daripada komitmen nyanyian buat masa ini. Terlalu banyak subjek yang perlu saya tumpukan terutamanya subjek-subjek Tingkatan Empat yang sudah saya lupa.
“Atas nasihat ibu, saya ambil keputusan ini untuk masa depan. Kalau diikutkan, saya patut berehat sejak Mac lagi dan kemunculan di ABPBH baru-baru ini adalah persembahan pentas yang terakhir sehingga saya selesai SPM,” katanya.(MStar)

Read more »